Catatan luahan rasa...


Blog For Free!


Archives
Home
2005 September
2005 June
2005 May
2005 April
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September

My Links
Adlin Shauki:Inside My Head
Zuril
Rafreen
Azmie
Ct Cute
fifa
Jazz
Mon Amour
Fazz
Ed
Rhyme
Aishah a.k.a Chik
Wirawan Terulung
Cik Diari
Aisyaheen
Saje Aje
Romzi
SitiZone
FFC Malaysia
Friendster
Jiwang
Jakionline
MySpace
Sesumpah Store
Farah Fan Club
Utusan Malaysia
Harian Metro
Yasmin Hani
Kawanster
Nagacute

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


::: blog SpiraL :::

Sutera Kasih
Cute-SmiLy!
::: bLoG h0ney :::
sodep - Link Me To Your Weblog !!!
My new home
09.26.05 (9:29 pm)   [edit]
Rumah ni saya nak jadikan rumah pusaka dah. Sekarang saya dah berpindah ke alamat firdee.blogdrive.com. walaupun tak sebaik mane tapi boleh la untuk berteduh dari panas dan hujan. Ahaks :p Jom le ke sana plak. Secara rasminya rumah ni dah dijadikan arkib tempat menyimpan segala kenangan silam...
 
Tukar blog baru
09.26.05 (1:43 pm)   [edit]
Hmm... Disebabkan tblog ni slalu je wat masalah saya ambil keputusan untuk menukar kepada blog host yang baru. Kalo dah siap blog baru tu saya akan maklumkan kepada kengkawan semua.
 
TimeOut??
09.25.05 (4:24 pm)   [edit]


Nampaknye sambutan utk TimeOut sabtu ni taklah menggalakkan sangat. Baru 11 orang je yang insyaallah kompem nak datang. Harap² sebelum jumaat ni ramai lagi la geng msjbox ni yang dapat hadir sabtu ni...
 
Lelaki Mengandung??
09.24.05 (5:03 pm)   [edit]




credit to: malepregnancy.com


Bila saya dapat email ttg lelaki pertama yang mengandung kat dunia ni saya tak percaya. So, saya pun carilah kat internet ttg sorang lelaki cina ni yang bernama Lee Mingwei.
Untuk membaca temubual antara wartawan majalah PaperVeins dengan lelaki yang ramai orang didunia ni berpendapat dia ni gila,
klik je gambar dia kat atas ni.


 
Bz Week
09.24.05 (4:23 pm)   [edit]
Waaaa... Start minggu ni dan 2 minggu yang akan datang bermulalah episod ke BZ an saya. Nak kena siapkan satu website utk syarikat macam2 ada... Ahaks. Maksudnya syarikat yang memberi pelbagai perkhidmatan la.

Nak wat guna php tak pandai lagi so buat la guna frontpage(FP) je. Lagipun dia bukan nak pon kalo buat guna php. Mahal... Kalo dah guna FP ni jawabnye semua kena wat cara manual la. Kalo php dah set theme n tinggal nak pilih je. Kalo FP ni semua kena buat guna adobe photoshop sebab nak kasi lawo n nampak mcm portal php gak.

Syarikat ni cakap dia nak siap dalam masa dua minggu. Bagi dia agaknya, buat web ni senang je. Dia tak tau yang kita ni kena perah otak nak cari idea best utk dia. So, apa yang saya leh kata "...i'll try my best". Kalo nak diikutkan, sehari leh siap. Tapi end of the day...pengsan la. Ahaks :D.

So, saya akan try siapkan dengan cepat n after that leh la saye collect the money dari dia. Muahahaha... Masyukkkk...$$$$$$$$$ kaching!!!
 
Ke sekolah lama
09.23.05 (7:07 pm)   [edit]
Setelah sekian lama tak menjenguk sekolah lame, hari ni saya jejakkan juga kaki ini semula ke sekolah itu. Ade la 5 tahun dah tak pi kat sekolah tu. Ni pun pi sana sebab harini kena ambil buku rekod kemajuan adik saya yang akan menduduki PMR 8 hari lagi.

Masuk je perkarangan sekolah nampak sangat perbezaan yang ketara diantara sekolah yang saya tinggalkan 6 tahun yang lepas dengan sekolah yang baru je saya masuk ni. Makin cantik sekolah ni. Bukan setakat sekolah je yang berubah, cikgu2 yang mengajar saya dulu dah ramai yang berpindah ke sekolah lain atau mengikut suami memasing. Kalo dulu kenderaan cikgu2 takde la semahal mana tapi sekarang cikgu2 dah ramai yang guna kete mahal2.

Sampai je kat kelas adik saya terpandang seorang cikgu yang sedang berborak dengan salah sorang waris bebudak kelas tu. Laaa... rupa2nya itu cikgu saya time form 4 dulu. Dia ajar saya BI ngan Akaun. Sampai lah giliran saya untuk melihat bagaimana prestasi adik saya ni dalam peperiksaan percubaan yang lalu. Cikgu tu cakap result adik saya ni ok n boleh diperbaiki lagi untuk dapat banyak A dalam PMR nanti. Habis borak pasal keputusan tu borak lak pasal komputer ngan cikgu ni. Sebelum balik sempat juga saya menghulurkan kad nama saya dan saya pun cakap "...kalo cikgu ade komputer rosak kat umah tu jangan segan2 hantar kat saya. Saya boleh repair". Ahaks :D Sempat gak promote kat dia. Huhuhuhuhu......



 
Saya dan blog
09.22.05 (4:53 pm)   [edit]
Kalo dulu saya tak percaya apa yang membe saya pernah cakap kat saya tentang blog ni. Dia cakap "...ko buat lah blog ko sendiri kat sana grenti ko leh kenal ngan bloggers yang lain n ko leh tambah kenalan". Tapi sekarang apa yang dia cakap tu mmg betul sebab saya dapat kenal dengan ramai orang dari pelbagai lapisan kaum, bangsa n agama. Tambahan lagi setelah join komuniti junaidix msjbox. Mmg best la. Makin ramai dapat saya kenal. Sekarang terasa hari-hari yang saya lalui takkan lengkap kalo tak menatap blog. Tetiap hari mesti nak jenguk gak walaupun sekejap.

Terima kasih la kat korang yang sudi menjadi membe saya kat dunia blog ni. Kalo realitinya saya ini seorang yang selalu merendah diri kerana terasa banyak kekurangan pada diri ini tetapi di dunia blog ni perasaan itu tidak pernah wujud. Thanks all. Korang memang best... Yooohaaa!!!:D
 
Spyware Remover
09.22.05 (5:12 am)   [edit]
Kepada semua pengguna internet. Saya suggest kat korang kalo nak buang spyware korang leh la download kat download.com. Software ni korang leh dapat dengan harga PERCUMA. Saya sendiri dah pun guna software ni dan mmg berkesanlah. Kalo korang malas nak masuk laman download.com korang leh klik je banner kat bawah ni:


credit: download.com

Selamat mencuba...
 
Msjbox TimeOut
09.21.05 (8:35 pm)   [edit]
Waaaa.... Nampaknya idea utk msjbox wat gath akan terlaksana jugak akhirnya. Baguzzz... Ni banner promo gath tu:



Berikut adalah detail ttg Msjbox TimeOut ni:

Urusetia:
1. Sodep { YM:me_chubb, MSN:budakbunian }
2. YNA { YM:ellecunz }
3. Cik Diari { YM:ulat_apple }

Kepada seluruh warga pengguna Msjbox sekalian, para organizer berharap korang dapat menampakkan diri anda pada tempat & time tersebut..

Bagi memastikan pihak organizer dapat mengenalpasti senarai warga Msjbox yang akan hadir pada event Msjbox TimeOut, diharap korang dapat beritau nama, alamat blog, email or no tepon kat urusetia itu. Segala info tu hanya sebagai catatan urusetia sahaja.

So, sebarang problem atau pertanyaan berkenaan event Msjbox TimeOut, buleh la kontek terus ngan urusetia tu sumer untuk tindakan selanjutnya. Sebarang komen atau cadangan yang korang nak kongsi bersama, just letak jer kat area "komen" itu..

Untuk warga pengguna Msjbox dari negara yang lain seperti Brunei, Singapura or Indonesia or etc, kalo korang nak datang pun di alu-alukan.. tapi ongkosnya sendiri ya.. :P ..hehe

Sekian, Terima Kasih.

**Maju Junction ni sebelah bangunan MARA kat area Pertama Complex ngan Sogo. Kalo nak pegi, better naik STAR LRT pas tu turun kat Stesyen Bandaraya (belakang Sogo), then jalan kat arah Pertama Complex, then lalu bangunan MARA, lepas tu baru Maju Junction. ala.. Maju Junction ni tempat orang buat IC baru (JPN, Level 6) tu.. so food court tu level 3 jer.. ;)


So, marilah kita ahli junaidix msjbox beramai-ramai ke Msjbox Ti,eOut ini bagi memeriahkan lagi perjumpaan yang julung2 kalinya diadakan di Malaysia ini.

Jumpa anda di sana....sana....saaaaaanaaaaaaaa.....
 
Hmmm...
09.21.05 (4:04 pm)   [edit]
Hari ni tak dapat ikut famili balik kampung tgk nenek sakit sebab adik yang bersekolah tak ikut. Kena lah dok umah jaga depa semua. Sat gi nak pi survey kolej sentral tempat nak sambung tahap 4. Tengok kat internet lawo kolej dia. Hope pembelajaran dia pun A ok la gak. Skrg ni laman firdee.tk tengah dalam proses untuk tukar layout baru. Tapi taktau la camne lagi. Kalo malas sangat saya tukar kaler je. Ingat kalo tukar kaler nak tukar kepada kaler yang lembut sket la. Hmmm...
 
AWATNYA?
09.20.05 (6:52 pm)   [edit]
Sejak dari minggu lepas servis tblog.com ni asyik tak best je. BIla masuk je dia tulis will be back in a few minute. Hampes tol la. Dah la banyak entry saya kat sini. Jangan tetiba tblog ni wat gila dia pi tutup sudah. Nak guna blogspot mcm taknak reti aje. Tgk org punya blogspot semua lawo-lawo. Bila try tak jadi lak. Ayyyoooo...
 
MARA LOAN
09.19.05 (3:19 pm)   [edit]
Huhu... Surat dari MARA dah sampai. Dia dah mintak hutang dah. Sebenarnye bulan 6 tahun lepas lagi MARA dah start hantar surat tuntutan tapi time tu tgh sambung blaja so hantar balik surat kat MARA cakap yang saya tak leh nak bayar sekarang. Lepas tu dia hantar surat balas n suruh tunjuk bukti yang saya ni tgh blaja lagi. Bila saya hantar surat balas terus dia dah takde hantar surat tuntut bayaran balik. Tapi baru2 ni dia hantar surat balik n tuntut bayaran. Huh... Fenin gak pk pasal utang ni. Waaa... Dah la tak keje lagi nih. Lepas ni nak sambung lagi tahap 4. Hmm... Kena hantar surat lagi la gamaknye kat MARA ni nak mintak tangguh pembayaran balik.
 
DAH ADA PEMENANG
09.18.05 (2:12 pm)   [edit]
Waaa... Tadi bile masuk je blog Chip Kodok ada entry baru. Rupa2nya dia nak umumkan bahawa peraduan padankan kaki artis dah ade pemenangnye. Waaa... Tak dapek la eden nak monang kasut adidas. Waaa...
 
ANUGERAH ERA 2005
09.17.05 (6:21 am)   [edit]
Seronok tak terkata bila Siti diumumkan sebagai pemenang vokal terbaik. Berdebar gak masa nak diumumkan tu. Ye la, anugerah yang lain semua dapat kat orang lain. Tak sia2 jugak saye mengundi. Menang jugak dia. Yehuuuu... Lagi satu tak tau pun Siti ade nyanyi lagu berduet ngan si Too Phat. Tak pernah dengar pun lagu tu dimainkan kat radio sebelum ni. Best gak lagu tu.

Tapi anugerah kali ni mcm hambar n slow skikit la saya tengok. Tak meriah sangat. Feratik pun nampaknya tak happening macam anugerah era tahun2 yang lepas. Sian pengaraca n dj2 era. takde respon sangat.

Haa... Lagi satu yang saya dapat lihat masalah audio kerap sangat berlaku. Tengah best2 Ahli Fikir nyanyi n time di budak kecik tu nak nyanyi time korus dia je tak dengar sangat suara dia. Sian gak tgk dia. Baru nak tunjuk bakat secara life mic lak wat masalah. Time kumpulan Lefthanded buat persembahan pun camtu gak. Sian si Nash terjerit2 nyanyi tapi dia sorang je yang dengar suara sendiri. Orang lain tak dapat pun nak dengar. Dia pun gayanya mcm dah hilang mood je nak nyanyi.

Aznil sekali lagi menjadi penyelamat keadaan bila dia naik kat atas stage n kasi mic kat Nash. Tapi time tu dah terlambat sebab si Nash tu dah abis pun nyanyi. Tinggal si Man Kidal je nak goreng main gitar.

Ape2 pun bagi saya anugerah tahun ni tak semeriah tahun2 yang lepas...
 
PENING & ANUGERAH ERA 2005
09.16.05 (4:20 pm)   [edit]
Waaa...Tak tau nape tetiba je penin. Memula malam tadi gi install game Soldier Of Fortune adik saya. Memula main steady lagi tapi baru 5 minit dah terasa penin2 lalat tahap dewa punya. Rasa nak termuntah pun ade. Terus je stop main game tu. Lepas tu ok balik kepala nih. Bangun pagi tadi lepas check email bukak balik game tu yelah mane tau malam tadi penin sebab tak cukup tido ke tapi penin lagi lepas 10 minit. Takleh jadi nih. Terus keluar n uninstall game tu. Muahaha... Tak yah nak penin2 kepala lagi. Dok main internet ni lagi bagiuh.

Malam ni sampai lah saat yang saya nantikan selepas setahun dah berlalu. Anugerah Era 2005. Tahun lepas sedih sgt sebab Siti tak dapat ape2 anugerah pun. Tahun ni harap2 undian yang dibuat oleh peminat Siti dapatlah melayakkan Siti menang semua anugerah yang dicalonkan untuk dia. Rindu sangat nak tengok muka Siti kat TV sebab sekarang ni dia dah jarang2 keluar kat TV buat show. Menang atau kalah malam ni, SITI TETAP MENJADI POJAAN HATIKU...
 
Study update
09.15.05 (5:31 pm)   [edit]
Pejam celik pejam celik dah pun sebulan lebih dok rilek kat umah. Dua hari lepas dapat call dari membe n dia cakap yang kolej dah call dia beritahu pasal sambung blaja ke tahap 4. InsyaAllah kalo takde aral esok nak gi kat kolej tu survey pasal program yg kitorang nak sambung ni n kalo semuanya berjalan lancar dalam masa terdekat ni saya akan sambung stadi balik utk advance diploma. Difikir2 memang patut sambung ke peringkat yang lebih tinggi lagi sebab kebanyakan tawaran kerja sekarang kelayakan minimum yang dikehendaki ialah diploma. Sijil sikit sangat.
 
Apply keje
09.13.05 (5:26 pm)   [edit]
Huh...tadi baru je selesai isi resume kat jobstreet.com. Banyak betul data yang kena diisi. Dari A sampai la ke Z. Dah sebulan grad n still dok lepak kat umah n ngadap komputer je. Ahaks. Ada la try mintak keje tapi takde kjawapan lagi. Kali ni try plak mintak melalui jobstreet. InsyaAllah kalo ade rezki dapat la lepas ni.
 
Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah
09.13.05 (2:27 am)   [edit]
Baru sat tadi gi ke blog rhyme2g n tertarik utk sebarkan artikel ni. Semoga kita sama-sama dapat mengingati sesama sendiri:

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6. IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke , jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

p/s: oleh sebab itu marilah kita sama2 m'perbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca surah alfatihah...tapi utk m'baca alquran seluruhnyaaaaaaaaa.......

wassalam.
 
Suka dan Duka
09.12.05 (12:05 am)   [edit]
Yehuuu...Hari ni dapat msj dari membe satu kolej yang skrg dah ade syarikat construction nya sendiri "...aku nak wat web utk syarikat aku, leh tolong buat, bape ko nak cas aku?" Waaaaa...Ni la projek kedua lepas projek pertama dah diap sebulan yang lalu. Apa lagi terus contact dia n bincang sket. InsyaAllah kalo xde aral dalam masa terdekat ni leh la start keje. Dah sebulan dok lepak je kat umah ni takde wat pape. Huh...projek yang pertama tak dapat payment lagi...sedih n hampa gile. Web dah siap tapi orang taknak bayar lagi. Puas dah mintak tapi ade je alasan. Kalo tak nak bayar esok saya nak tutup website tu. Biar lantak pi. Tapi still berharap orang tu akan bayar dalam masa terdekat ni. Bukannye mahal pon. Murah je...
 
Firdee.TK dah diupdate
09.10.05 (8:18 pm)   [edit]
Saya baru je lepas update my webbie http://firdee.tk . Saya dah tambah satu ruangan baru iaitu Info FFC(Farah(AF2) Fan Club). Kat sana korang(peminat Farah Breep...Breep...) boleh la tau ape yang terbaru ttg FFC. Tu je...
 
Cian dia...
09.10.05 (8:02 pm)   [edit]
Daripada minggu lepas lagi mak suruh tukar channel kartun astro ni dengan channel lain. Tapi rilek dulu tengok mcm mane adik-adik ni. Makin hari makin takleh dibiarkan sebab yang nak pekse PMR pun slalu dok dpn tv tgk kartun tak stadi. Last2 pagi tadi kol 9 terus tpon si orang astro ni sbb nak tukar channel kartun dgn channel sport. Yeeehuuu...Lepas ni boleh dok tetiap mlm selasa tgk wwe plak. Bile bebudak ni dapat tau je channel kartun dah di delete si Iman ni dok nangis n cakap "...semua org tak sayang dia sbb tu delete channel tu". Heh...Cian dia tapi nak wat lagu mana. Kalo ade channel kartun tu asyik dok dpn tv sampai taknak gi skolah. Lepas ni nak tgk kartun tunggu je la hari sabtu & ahad, tgk kat tv1, 2, 3 & 7.
 
kiamat semakin hampir
09.09.05 (10:47 pm)   [edit]
Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu email yang baru saya dapat:

Assalamualaikum....

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup
selama 1500 tahun... sekarang
sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah... daripada ini
kita ketahui kita akan
bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini
benar, bumi akan kiamat
pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang
lebih kecil daripada bumi
yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan
bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan
cuba untuk menukarkan orbitnya
dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai
sebuah planet yang juga akan menghentam
bumi... Ia dianggarkan akan
melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan
planet ini lebih besar
daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan
musnah pada tahun 2065......

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai
puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun,
iaitu tahun 2022, disebabkan
oleh penurunan semula Nabi Isa.... Dan hadith
mengatakan bahawa Nabi Isa
hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan
kiamat pada hari Nabi Isa
wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada
tahun 2062.... Dianggarkan
Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066....

Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang
dipercayai paling tepat
ialah hadith yang mengatakan bahawa umat
Rasulullah akan bertahan selama
1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama
1439 tahun... Cubalah
anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat-
umat Islam sekalian...
Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan
Islam anda...
Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat
rahmat ALLAH S.W.T....
 
Weehuuu
09.08.05 (4:56 pm)   [edit]
Heh...Seronok betul geng-geng kodok kat dalam blog Chif Kodok bila dah update ttg ape yang Pak Lah ckp kat dia. Daripada ape yg ditulis tu memang menunjukkan yang pemimpin no 1 negara pun peka dengan industri hiburan negara kita ni.Kalo korang nak bace ape yg Pak Lah ckp kat Bro Afdlin gi la ke weblog Afdlin Shauki:Inside My Head di http://afdlinshauki.blogspot....
 
Hari yang boring
09.08.05 (12:29 am)   [edit]
Hari ni tak bersemangat rasanya nak wat ape-ape keje. Biasanya bangun tdo je terus nak pi ngadap komputer tapi harini dok kat ruang tamu je tgk tv. Nak update website pun rasa malas. Bila dah bosan sangat pi la jugak kat komputer n try la buat design untuk banner blog ni. Bila dah siap yang herannye takleh nak publish. Try lima nam kali tapi takleh jugak. Last2 ambil keputusan "lantak pi la..." malas nak cara dah. Pergi balik kat ruang tamu & capai la Utusan Malaysia kot2 mane la tau ade berita menarik & pelik.

Bukannye ape, skrg ni benda pelik ni dah tak mustahil akan berlaku. Nampak sangat yang dunia ni dah semakin tua. Tengok aje la ape yang berlaku kat New Orleans tu. Dah kena musibah dari Allah dengan ribut Katrina. Ramai orang yang mati. Apa yang dikhabarkan dalam paper harini, kawasan disana memang dah tercemar dan boleh mendatangkan pelbagai situasi bahaya.

Pastu terbaca lak tentang ribut yang melanda Jepun. Bila terbaca aje berita ni teringat apa yang saya baca beberapa hari lalu yang Malaysia ni mungkin akan dilanda ribut seperti tu jugak. Terfikir saya "adakah ini tanda2 yang kita semakin hampir dengan kiamat..." Mungkin inilah balasan Allah kepada kita kerana kemungkaran yang berleluasa disana sini. Apa yang saya harapkan adalah semoga Allah lindungilah Malaysia dan seluruh penduduknya ini daripada sebarang musibah, Amin...
 
Happy Birthday My Lil Sis Iman
09.06.05 (1:59 pm)   [edit]
"Happy birthday 2 U...Happy birthday 2 U...Happy birthday 2 Iman...Happy birthday 2 U..." Hari ni genaplah umur adik bungsu ku ini 5 tahun. Punyalah tak sabar nak tunggu hari ni dia leh suruh kitorang celebrate besday dia ni hari sabtu(3/9/05) yang lepas. Ahaks... Dia ajak celebrate kat Pizza Hut. Heh... Pepehal pun, I LOVE U IMAN!!!
 

 

Free Web Counter
Dah Masuk Weblog Ni

 

Nama:
Muhamad Firdaus bin Alias
D.O.B:
27 Disember 1982
P.O.B:
Hospital Assunta PJ
Hobi:
Melayari Internet, Melukis
Novel Pilihan:
Karya R.A.Mursyid
Penyanyi Pujaan:
Siti Nurhaliza, Farah AF2
Study Update:
Baru habis SKM L3
Website Lain:
Firdee, Cyber CT

CAKAP JE

LINK ME

Firdee's Weblog - Link Me To Your Weblog !!!

TARIKH PENTING

07/09 - Birthday Iman
17/09 - Anugerah Era
01/10 - Msjbox TimeOut
05/10 - 1 Ramadhan
19/10 - Birthday Kili
03/11 - 1 Syawal
13/12 - Birthday Poji
27/12 - Birthday Firdee

WISH LIST

1. Kamera Digital
2. Jumpa Siti N F2F
3. Kipas CPU
4. Scanner