Catatan luahan rasa...


Blog For Free!


Archives
Home
2005 September
2005 June
2005 May
2005 April
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September

My Links
Adlin Shauki:Inside My Head
Zuril
Rafreen
Azmie
Ct Cute
fifa
Jazz
Mon Amour
Fazz
Ed
Rhyme
Aishah a.k.a Chik
Wirawan Terulung
Cik Diari
Aisyaheen
Saje Aje
Romzi
SitiZone
FFC Malaysia
Friendster
Jiwang
Jakionline
MySpace
Sesumpah Store
Farah Fan Club
Utusan Malaysia
Harian Metro
Yasmin Hani
Kawanster
Nagacute

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


::: blog SpiraL :::

Sutera Kasih
Cute-SmiLy!
::: bLoG h0ney :::
sodep - Link Me To Your Weblog !!!
Siti @ Malaysian Idol
09.30.04 (8:23 pm)   [edit]
Akhirnya setelah sekian lama Siti tak muncul di kaca TV malam ni dapat gak tgk muka Siti yg cun lagi cute tu. Khabarnya Siti jadi juri undangan malam ni. Hmm... Harap-harap Siti nyanyi la jugak malam ni. Tak sabar rasanya nak tunggu sehingga malam ni.
 
Catatan Terbaru Siti
09.29.04 (9:46 am)   [edit]

Ini adalah mesej terbaru Siti Di SitiZone.com http://www.sitizone.com" title="http://www.sitizone.com" target="_blank"http://www.sitizone.com


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Doa Siti agar semua yang mengunjung laman ini beroleh kesihatan yang baik dan bahagia selalu hendaknya.

Alhamdulillah, Siti sudahpun berada di tanah air sekarang ini dan urusan kerja Siti di Jakarta sudahpun selesai. Siti Nurhaliza Indonesia Tour akan disambung selepas hari raya nanti, namun begitu masih banyak persediaan dan persiapan yang harus Siti buat. InsyaAllah, para peminat di Surabaya, Bandung, Jakarta dan Medan akan dapat bertemu Siti pada bulan November nanti iaitu selepas sambutan hari raya.

Sekarang ini Siti kembali menumpukan urusan kerja di Malaysia dan banyak program hari raya yang menanti serta sesi fotografi. Ada rancangan hari raya yang Siti terbitkan sendiri dan ada juga yang Siti jayakan dengan kerjasama stesen televisyen. Perkembangan mengenai program ini Siti akan beritahu anda dari semasa ke semasa dan InsyaAllah ada di antara rancangan tersebut yang akan mengundang penonton untuk menyaksikan rakamannya. Ada juga di antara peminat yang terpilih akan dapat menyertai program Siti nanti.

Siti juga akan menjayakan malam amal bersama Jusco pada 2 Oktober nanti sepertimana yang di iklankan di laman ini, dan tentunya ada di antara anda yang telahpun membuat tempahan. Bagi Siti, itulah sumbangan yang boleh Siti berikan terutamanya kepada Yayasan Jusco dengan Tabung With All Our Hearts dan tentunya budi baik anda semua tidak akan Siti dan Jusco lupakan.


Mengenai perkara yang terjadi dan hebat diperkatakan sekarang ini, Siti mohon agar kita semua berdiam diri dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.InsyaAllah semuanya akan terbukti suatu hari nanti dan tidak perlu dibangkitkan soal itu di sini.Siti mohon agar kita semua akan lebih berhemah kerana kita harus menghormati tugasan pihak berkuasa dan tentunya semua ini akan berakhir suatu hari nanti.

Tanpa rasa prejudis, Siti mohon untuk kita redakan semua ini. Berikan ruang dan waktu untuk Siti meneruskan kerjaya dengan tenang. Sokongan anda begitu berharga buat Siti dan ianya juga membuatkan Siti tidak pernah patah semangat.

Mengenai AE pula, Siti menghargai setiap pengorbanan anda dan menang atau kalahnya Siti adalah takdir dan bukan rezeki Siti. Kita akur pada semua ketentuan dan Siti tahu anda juga tahu bahawa Siti masih lagi berdiri di sini, langkah Siti tidak pernah terhenti dan semua yang berlaku dalam perjalanan karier Siti adalah sebahagian daripada perjuangan dan pengorbanan anda.

Salam hormat dari Siti. Bertemu lagi...
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.

 
Kerana Cinta
09.29.04 (9:27 am)   [edit]
Jumaat lepas adik saya bawak balik satu novel yg bertajuk "Hingga Hujung Nyawa" adaptasi daripada filem Prof. Madya A. Razak Mohaideen lakonan Erra Fazira & Yusri. Saya tak tengok lagi cerita nya macam mana tapi bile baca novel ni hati ni meronta-ronta nak tengok sendiri filem ni. Ini kerana plot ceritanya sangat menarik iaitu mengenai seorang anak yang dahulunya menjadi kebanggaan keluarga sanggup membuang ibu bapanya hanya kerana cintanya terhadap seorang lelaki. Inilah lumrah alam. Inilah yang dikatakan "Cinta Itu Buta". Manusia sanggup membuang keluarga kerana cinta. Apa yang membuatkan saya ingin menonton filem ni ialah babak di mana si anak mula membuang keluarganya dan sanggup memanggil ibu bapanya "pengemis". Apa yang saya harapkan agar filem yang akan saya tonton nanti sama bestnya dengan novel yg saya baca ni.
 
Hikmah Ayat Al-Kursi
09.28.04 (1:18 am)   [edit]

Ni saya dapat dari webblog http://monamour.tblog.com/" title="http://monamour.tblog.com/" target="_blank"http://monamour.tblog.com/ :


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal syaitan yg duduk di atas pintu rumah.

Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis :

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke
atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu Ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu,
Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

 
Akhirnya
09.27.04 (4:51 pm)   [edit]
Setelah sekian lama kita menunggu siapakah gerangannya yang menyebarkan email layang CT tu semalam terbongkarlah semuanya setelah seorang lelaki berusia 37 tahun iaitu seorang pensyarah sebuah IPT ditangkap polis. Heh...Tu la yg dikatakan sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh terjelepuk jugak. Padan Mua dia. Hahahaha... Semoga selepas ni dapatlah ditangkap geng-geng dia yg lain tu.
 
Farah Oh Farah
09.27.04 (1:57 am)   [edit]
Akademi Fantasia musim ke 2 dah pun lame berlalu tapi memori yang di tinggalkan oleh pelajar-pelajar kakademi tersebut masih terpahat di dalam kepale hotak ni. Dah lame tak tengok muke Farah yg cute tu. Akhirnya dapat gak melepaskan rindu bila dapat tengok Farah kat AE 2004 yg baru lepas. Dia mmg cute dan berbakat besar. Tak heran suatu hari nanti dia bakal berada di tahap seperti CT. Siapa tau kan. CT pun dah lame tak tgk kat TV. Melodi semalam tak dapat nak tgk CT. Pepehal pun Love CT n Farah so much!!!
 
CT tetap No. 1 Di Hatiku
09.26.04 (6:04 pm)   [edit]

Segala tekaan saya untuk Anugerah ERA yg baru lepas semuanya meleset. Takde satu pun tekaan saya yang mengena. Target saya untuk CT langsung takde yg kena. Hmm...sikit sangat ke peminat CT kat Malaysia ni?. Hmm...Ni mesti ramai peminat CT yg tak vote. Tu mungkin antara sebab kekalahan CT. Lepas ni ade la mulut-mulut yang akan mengata CT. Ye lah...CT ni kalau menang orang akan kata "asyik-asyik CT" dan kalau CT kalah pulak orang akan berkata zaman kejatuhan CT dah tiba. Tapi bagi saya CT tetap No. 1.


Cerita pasal perkembangan email layang CT tu, kat utusan tadi ade kata yg penulis email tersebut akan dipanggil utk memberi keterangan dalam minggu ni. Tu la padahnye kalo nak memburuk burukkan orang lain. Apalah salahnya si CT tu, dia pun nak cari makan macam orang lain gak. Sian CT n famili. Diharap Asmah n Da geng tu dikenakan tindakan yg sewajarnya.

 
Tiada Anugerah Buat CT
09.25.04 (3:01 pm)   [edit]
Hmm...Apa yg dapat disaksikan semalam, CT tak dapat membawa pulang apa-apa anugerah pun. Walaupun rasa hampa sket tapi takpelah. Dah takde rezki CT tahun ni. Pepehal pun CT is da' best!!!. Bak kata Vince " Kita semua adalah pemenang, tiada pengalah ". Hope CT buat persembahan yg terbaik utk konsert SNIT.
 
Bagaikan Sakti
09.24.04 (4:13 pm)   [edit]

Tadi tengah wat assignment download lagu "Bagaikan Sakti" nyanyian tuan puteri CT ngan m.nasir. Lagu ni mmg best untuk didengar oleh seisi keluarga. Lagu ni ade elemen jawa sket, mungkin sebab ia berkisar tantang PGL yg berasal dr sana. Hmm...



Bagai Sakti


Artis : SITI NURHALIZA/M.NASIR
Lagu : Bagai Sakti (OST Puteri Gunung Ledang)
Syncrosound Sdn. Bhd.

Siti Nurhaliza:

Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta

M.Nasir:
Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi
Ohhh..

Siti Nurhaliza:
Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari

M.Nasir/Siti:
Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana iniĀ”­

M.Nasir:
Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi

Siti:
Tiada sempadan
Tak bisa kulewati

Korus:
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menanti muara sengsara
Jika ini ketentuannya

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kaukan jadi milikku jua

Ulang Korus

 
Anugerah ERA 2004
09.24.04 (2:04 pm)   [edit]
Malam ni adalah malam penentu kepada artis-artis kat Malaysia ni sama ada mereka ramai peminat atau tidak. Malam ni adalah malam Anugerah ERA 04. Hmm...Apa yg dapat saya harapkan di sini agar peminat CT telah menjalankan tanggungjawab mereka utk mengundi CT bagi memastikan anugerah yg dicalonkan untuk CT dapat dimenangi. Tapi yang pasti CT tak dapat hadir ke Anugerah ini kerana dia sekarang tenagh bz membuat latihan utk konsertnya di Indonesia (SNIT). Ape-ape pun diharap malam ni adalah malam utk CT kerana selepas tercetusnya isu email layang ni ramai yg menganggap zaman kejatuhan CT telah pun bermula. Diharap dengan kemenangan CT pada malam ni akan membuktikan CT masih mempunyai peminat yg akan membangunkannya jika dia jatuh. Insyaallah...
 
Test Dah Selesai
09.23.04 (3:01 pm)   [edit]
Akhirnya selesai gak test RKA ngan RPA. Alhamdulillah...Minggu depan start masuk Module 2 ttg networking. Tak sabar rasanya. Hmmm...Pagi ni takde klas sebab ade lagi bebudak yg giliran dia utk buat RPA harini.
 
Angan-Angan
09.21.04 (7:31 pm)   [edit]

Sebenarnya dah lama saya pasang angan-angan ni cuma baru la ni nak kongsi dengan sesiapa yg masuk weblog nih. Saya berangan-angan atau lebih tepat lagi bercita-cita nak buka satu restoran yg berkonsepkan "Siti Nurhaliza" penyanyi pujaanku pada suatu masa nanti (bile bajet dah berlebih-lebih dikurniakan Allah). Kiranya nama restoran tu nanti adelah sangkut paut ngan Siti (maybe "FirdauSiti" sempena nama website saya) dan dekorasi dalaman restoran juga mestilah bersangkut paut ngan Siti. Sesiapa yg datang restoran tu akan dihidangkan bukan saja makanan yg sedap-sedap tetapi juga ade gambar-gambar Siti yg cun lagi cute di dinding sebagai tatapan, dan tak lupa juga lagu-lagu Siti akan berkumandang dari pagi sampailah malam. Lepas tu time pembukaan restoran leh la jemput Siti sendiri untuk merasmikannya (boleh ke agaknye?). Huh...Memang tinggi angan-angan nih. Kiranya restoran ni akan menjadi satu tempat di mana peminat Siti leh datang untuk makan dan boleh berkenalan ngan peminat Siti yg lain termasuklah saya. Hehehe...Insyaallah suatu hari nanti.......

 
Lepas Test Assignment Pulak Daaaa...
09.20.04 (11:14 pm)   [edit]
Inilah realiti kehidupan seorang student. Bukan student lah namanya kalau tak pernah buat test, exam dan assignment. Pagi tadi baru aje abis test RKA dan resulnya esok baru boleh diketahui. Alhamdulillah la semua soalan boleh dijawab. Tak sia-sia buat nota kecik. Semua masuk. Esok RPA plak. Harap-harap RPA takde hal sebab practical test. Insyaallah boleh lah. Lagi satu assignment plak nak kena siapkan sebelum 4 Oktober nih. Dah lah bahan tak cari lagi. Hai...Poning kepalo den
 
Email Layang
09.20.04 (1:34 am)   [edit]
Bila manusia semakin maju jenayah juga semakin maju. Terbaru adalah tentang email layang. Yang paling hangat sekarang ni ialah email layang yang Siti Nurhaliza terima. Saya pun dah baca email tu dan memang tidak dinafikan memang menyirap darah bila baca email tu. Salah satu sebab saya marah adalah kerana saya salah seorang peminat Siti dan satu lagi adalah sebab tuduhan yg dilemparkan ada yang tak logiknya. Patutlah Siti mengangis ketika konsert akir SNFT di Bukit Jalil bulan lepas. Tuduhan yg dilemparkan di dalam email tersebut memang mengaibkan Siti dan seluruh ahli keluarganya. Kesian Siti n famili. Hai...manusia manusia...Senang berhasad dengki bila melihat orang lain berjaya...
 
Test RKA
09.19.04 (4:07 am)   [edit]

Selasa depan start RKA utk module 1. Harap-harap boleh la terampil kali pertama. Dah la 50 soklan plak tu. Kat UPUM baru 30 soklan je pastu boleh salah tak lebih dari 7. Hmm...Kalau diikutkan prestasi kat UPUM dulu susah nak terampil kali pertama. Risau...Risau...

 
Tpon Umah Osak
09.18.04 (9:57 pm)   [edit]
Huh...Ini la masalahnya kalo guna tpon wireless nih. Antena tercabut langsung takde signal. Dah takleh nak guna internet. Canggih canggih jugak tapi bile dah kena camni tak dapek nak nolong eh...Tapi ntah nape petang ni nak jugak mencoret kat sini so saya pun try le sambung balik antena tu dan resultnya, tadaaaa!!! Dapat gak connect internet. Hahaha... Berapa senang beta punya hati. Tapi tak tau le berapa lame leh bertahan antena ni. Heh...
 
Tukar Weblog Baru
09.16.04 (5:12 pm)   [edit]
Harini saya tukar weblog baru sebab weblog lama tu saya buat secara manual. So, kalo ape ape yg namenye manual ni mmg susah sket la. Nak kena buat border sendiri dan yg saya tak sanggup kena buat arkib sendiri. Dahlah skrg ni masa nak update weblog terhad. Kalo guna blog hosting yang baru ni takyah pk tu semua. Just add je ape yg nak ditulis. Senang idup...
 
Ejen Rahsia ERA
09.16.04 (3:56 pm)   [edit]

Punyalah frust bile bukak je radio petang semalam si Linda cakap Ejen Rahsia Era ade kat Temerloh. Terkezut gak. Apesallah saya tak buka radio awal-awal. Dah lah duit yg terkumpul RM13000. Banyak tu... Arghhh!!! Rugi...Rugi...

 

 

Free Web Counter
Dah Masuk Weblog Ni

 

Nama:
Muhamad Firdaus bin Alias
D.O.B:
27 Disember 1982
P.O.B:
Hospital Assunta PJ
Hobi:
Melayari Internet, Melukis
Novel Pilihan:
Karya R.A.Mursyid
Penyanyi Pujaan:
Siti Nurhaliza, Farah AF2
Study Update:
Baru habis SKM L3
Website Lain:
Firdee, Cyber CT

CAKAP JE

LINK ME

Firdee's Weblog - Link Me To Your Weblog !!!

TARIKH PENTING

07/09 - Birthday Iman
17/09 - Anugerah Era
01/10 - Msjbox TimeOut
05/10 - 1 Ramadhan
19/10 - Birthday Kili
03/11 - 1 Syawal
13/12 - Birthday Poji
27/12 - Birthday Firdee

WISH LIST

1. Kamera Digital
2. Jumpa Siti N F2F
3. Kipas CPU
4. Scanner